Hi! Welcome Back and Stay Tune! Industri Getah Digalakkan Guna Teknologi Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Industri Getah Digalakkan Guna Teknologi Tinggi

TAIPING – Industri getah digalakkan mengguna pakai teknologi tinggi dan terkiniuntuk mengurangkan kos tenaga kerja terutama kebergantungan dengan pekerja asing.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata penggunaan teknologi tinggi juga membantu meningkatkan pengeluaran sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, eksport barangan getah dari Malaysia mencapai RM18.12 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 0.9 peratus berbanding 2015.

“Eksport sarung tangan getah menyumbang RM14.6 bilion kepada nilai eksport, atau 80.7 peratus daripada jumlah eksport barangan getah pada 2016.

“Eksport sarung tangan getah menunjukkan peningkatkan memberangsangkan daripada RM3.20 juta pada suku pertama 2016 kepada RM4.02 juta bagi tempoh sama 2017,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd di Kawasan Perusahaan Kamunting di sini hari ini.

Latexx Manufacturing, dengan 7,000 pekerja, merupakan antara lima syarikat terbesar dunia yang mengeluarkan sarung tangan getah untuk sektor perubatan dan industri.

Selain itu, Mah berkata, industri sarung tangan getah dijangka melabur sehingga RM7 bilion untuk mempertingkatkan kapasiti pengeluaran dan kecekapan produktiviti sehingga 2020.

Katanya, dalam usaha meningkatkan penggunaan getah asli di peringkat domestik, kerajaan melalui kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan pojek perintis penggunaan getah bagi pembinaan jalan raya di Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan Kelantan.

“Kajian awal mendapati penggunaan getah asli dapat meningkatkan prestasi dan kualiti jalan dan dijangka mengurangkan kos penyelenggaraan jalan raya bagi jangka panjang,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZp7rp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.