Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restu anak berperang, salur duit, bekal senjata: 6 warga tempatan ditahan terlibat dengan pengganas Daesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restu anak berperang, salur duit, bekal senjata: 6 warga tempatan ditahan terlibat dengan pengganas Daesh

BAHAGIAN Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM menahan enam individu warga tempatan dipercayai terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas daesh.

Restu anak berperang, salur duit, bekal senjata: 6 warga tempatan ditahan terlibat dengan pengganas Daesh

Restu anak berperang, salur duit, bekal senjata: 6 warga tempatan ditahan terlibat dengan pengganas Daesh

 

Mereka ditahan dalam operasi khas di Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah, pada 23 hingga 26 Mei.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan pertama dibuat di Rantau Panjang, Kelantan, 23 Mei lalu, terhadap Muhammad Muzafa Arieff Junaidi.

Katanya, Muhammad Muzafa menyerah diri selepas polis mengeluarkan kenyataan mengenainya.

 

“Suspek berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai penternak lembu dikehendaki kerana terbabit dalam aktiviti penyeludupan senjata api untuk kegunaan anggota daesh di negara ini.

“Tangkapan kedua membabitkan pasangan adik-beradik berusia 23 dan 29 tahun di Perak dan Kedah, masing-masing bekerja sebagai guru agama dan peniaga online, 25 dan 26 Mei.

“Mereka disyaki bertanggungjawab menyokong serta membantu pergerakan kumpulan pengganas daesh di Syria,” katanya.

Khalid berkata, tangkapan ketiga membabitkan suspek yang juga pesara tentera berusia 54 tahun di Kulim, Kedah, 25 Mei lalu.

Katanya, pesara itu dipercayai bertanggungjawab menyalurkan lebih RM20,000 kepada kumpulan pengganas daesh di Syria melalui beberapa transaksi.

“Seorang daripada anak lelaki suspek iaitu Arif Safwan turut menyertai kumpulan daesh di Syria.

“Tangkapan keempat dibuat terhadap dua suspek masing-masing berusia 31 dan 33 tahun di Selangor, 25 Mei lalu.

“Suspek pertama bekerja sebagai pegawai pengawal kualiti di syarikat swasta, manakala suspek kedua tidak bekerja.

“Kedua-dua mereka terbabit dalam menyokong dan membantu pergerakan kumpulan pengganas daesh di Syria,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut BAB VIA-kesalahan berkaitan keganasan, kanun keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Sumber: Metro



Sumber Restu anak berperang, salur duit, bekal senjata: 6 warga tempatan ditahan terlibat dengan pengganas Daesh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rs6ptW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.