Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh dari buaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh dari buaian

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh dari buaian. 
Dalam kejadian 23 Mei lalu, Muhammad Adam Hadiff Muhammad Faiz, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari buaian, petang hari kejadian, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan. 
“Salam, minta jasa baik kawan-kawan doakanlah anak kami, Muhammad Adam Hadiff. Petang tadi telah jatuh dari buaian, tak sedarkan diri. Ada pendarahan di otak. 
“Sekarang dalam perjalanan ke HKL untuk operate.,” tulis bapanya, Faiz Madnan, di Facebook. 
Menurut ibu saudaranya, Nur Hidayah, Muhammad Adam terjatuh dari buaian di taman permainan semasa ditemani ibunya. 
Bagaimanapun, jam 7 pagi 24 Mei, Nur Hidayah memaklumkan Muhammad Adam sudah memberi tindak balas untuk bergerak. 
“Alhamdulillah Adam Hadiff sudah bagi tindak balas untuk bergerak. Tetapi masih dalam keadaan tidak sedar,” tulisnya. 
Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus mendoakan agar Muhammad Adam Hadiff cepat sembuh. Kejadian itu juga dijadikan sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain agar berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak kecil mereka bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. 

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7hoVT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.