Peniaga Dilarang Jual Juadah Berbuka Sebelum 2 Petang
KANGAR – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melarang para peniaga Islam di negeri ini menjual makanan siap dimasak sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.
JAIPs dalam kenyataan hari ini turut menggesa umat Islam agar mematuhi peraturan ditetapkan jabatan itu sepanjang bulan Ramadan untuk mengelak dari dikenakan tindakan Undang-undang.
“Peniaga Islam yang melanggar peraturan jualan seperti yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012),” menurut kenyataan itu.
Peniaga yang disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama sementara bagi kesalahan kedua serta berikutnya denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Umat Islam di negeri ini juga adalah dilarang makan dan minum atau menghisap tembakau di tempat awam dan secara terbuka sebelum tiba waktu berbuka puasa.
Mereka yang melakukan kesalahan demikian boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpJQCd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment