Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anjur Bazar Gawai Dayak Di Sri Aman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anjur Bazar Gawai Dayak Di Sri Aman


SRI AMAN: Penganjuran Bazar Gawai Dayak dilihat sebagai langkah terbaik untuk untuk menjana ekonomi masyarakat Iban seperti yang pernah diadakan di Kuching dan Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, penganjur mungkin boleh menjadikan Sri Aman sebagai lokasi baharu Bazar Gawai Dayak pada tahun hadapan.

"Masyarakat Iban di Sri Aman perlu terlibat dengan aktiviti seperti ini yang menjana pendapatan.

"Pada masa sama ia (bazar) dapat dijadikan sebagai produk pelancongan sekaligus menaikkan nama Sri Aman dan Sarawak," katanya.

Kira-kira 1,000 peserta terlibat dengan Perarakan Gawai Dayak di Sri Aman hari ini.

Masing turut menggesa masyarakat Iban secara keseluruhannya memahami maksud perayaan Gawai dan menjadikannya sebagai platform mengukuhkan perhubungan.

"Gawai merupakan masa untuk menyatupadu masyarakat Iban. Jika perpaduan terus dijalinkan, sudah pasti sosio ekonomi masyarakat dapat terus dibangunkan," ujarnya.

Pada majlis sama Masing mengumumkan RM30,000 kepada penganjur perarakan tersebut manakala RM50,000 bagi penganjuran perarakan tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat menyumbang RM10,000, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang yang juga Menteri Muda Kesejahteraan Masyarakat Datuk Francis Harden Hollis mengumumkan peruntukan RM15,000 manakala ADUN Balai Ringin yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan mengumumkan RM7,000.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r94Jok

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.