Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tu dia…ayam naik 7 kupang’ – Hari pertama Ramadhan, harga ayam bersih di Alor Setar naik dari RM7.80/kg kepada RM8.50/kg - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tu dia…ayam naik 7 kupang’ – Hari pertama Ramadhan, harga ayam bersih di Alor Setar naik dari RM7.80/kg kepada RM8.50/kg

HARI pertama Ramadan mendapati harga ayam bersih, di Alor Setar, meningkat kepada RM8.50 sekilogram (kg) berbanding RM7.80 kg sebelum ini.

'Tu dia...ayam naik 7 kupang' - Hari pertama Ramadhan, harga ayam bersih di Alor Setar naik dari RM7.80/kg kepada RM8.50/kg

‘Tu dia…ayam naik 7 kupang’ – Hari pertama Ramadhan, harga ayam bersih di Alor Setar naik dari RM7.80/kg kepada RM8.50/kg

Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar mendapati, kebanyakan peniaga memberikan alasan ia disebabkan kenaikan harga ladang sejak tiga hari lalu.

Peniaga ayam, Mohd Lutfi Abdul Ghani, 57, berkata sejak berlaku kenaikan harga itu, dia mengehadkan stok kepada 70 ayam sehari kerana khuatir tidak habis berbanding 100 ayam sehari.

“Memang ada pengguna merungut, tetapi ada juga yang faham. Kami peniaga tak boleh buat apa sebab harga ayam di ladang pun dah mahal.

 

“Dulu harga ladang RM5.90 tetapi kini naik sehingga RM6.40. Penternak memberikan alasan kenaikan itu disebabkan harga makanan ayam naik dan petrol dan diesel naik menyebabkan kos pengangkutan naik,” katanya ketika ditemui.

Peniaga ayam, Wan Ahmad Fauzi Wan Ramli, 46, berkata, kenaikan harga ayam ketika ini turut berpunca daripada permintaan ayam yang meningkat daripada pengguna berikutan kenaikan harga ikan kembong.

Sementara itu, pengguna, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, 47, berkata, kenaikan harga ayam amat mengecewakan dan membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak ramai.

“Terpaksa beli ja lah untuk keluarga… harga naik, turun pun terpaksa beli ,” katanya.

Tinjauan juga mendapati tiada seorang peniaga pun yang menjual ikan kembong di pasar terbabit dan hanya terdapat tongkol, selayang, cencaru, tamban, jenahak dan nyok-nyok.

Harga bagi tongkol kini RM10 bagi setiap sekilogram berbanding RM8 kg, ikan selayang RM10 berbanding RM7, ikan cencaru RM9 (RM8), ikan tamban RM5 (RM4), ikan jenahak dan ikan nyok-nyok RM28 kg berbanding RM24 kg.

Tinjauan juga mendapati harga daging lembu tempatan naik kepada RM32 kg berbanding RM29 hingga RM30 sebelum ini.

Beberapa pengguna yang ditemui meminta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah dapat membuat pemantauan untuk membendung kenaikan mendadak itu.

Sumber: Metro



Sumber ‘Tu dia…ayam naik 7 kupang’ – Hari pertama Ramadhan, harga ayam bersih di Alor Setar naik dari RM7.80/kg kepada RM8.50/kg

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1vARc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.