Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas Di Sg Pegalan, Keningau
KENINGAU – Seorang lelaki hilang, dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Pegalan, di sini pagi tadi.
Mangsa, Daibet Juan, 48, yang berasal dari Kampung Dangulad, dihanyutkan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, namun sehingga operasi ditangguhkan lewat petang tadi, mangsa gagal ditemui.
Jurucakap itu berkata sebuah bot digunakan dalam operasi SAR yang melibatkan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang suri rumah yang hanya dikenali sebagai Asma @ Monica, 59, melecur di beberapa anggota badannya selepas rumah dua tingkat miliknya di Kampung Bakiau dekat sini, terbakar kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.
Mangsa yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah miliknya musnah dalam kebakaran itu telah dirujuk ke Hospital Daerah Keningau untuk rawatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siastan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpT3u7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment