ORDER kari Ketam Dapat Kari CICAK Baca respon kedai yang buat nitizen marah
Memang memualkan! Kejadian yang berlaku dua hari lalu di sebuah restoran di Puchong, Selangor, benar-benar mengundang amarah netizen.
Mana tidaknya, seorang pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran terbabit terkejut dengan penemuan seekor cicak dalam hidangan kari ketamnya.
Menambah rasa bengang apabila tiada seorang pun dalam kalangan pekerja dan pengurusan restoran mahu bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.
Kisah itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohamad Syukri Saringat dan mengundang cemuhan netizen terhadap sikap acuh tidak acuh pekerja restoran itu.
“Kami ke sebuah restoran namanya Malini @ Bangsar Putri Puchong. Kami menemui seekor cicak lengkap anggota badan dalam kari ketam kami. Seperti gambar yang disertakan!
“Tiada seorang pun pekerja atau juruwang (yang saya rasakan anak perempuan kepada pemilik restoran) meminta maaf, malah beredar dari meja tempat kami makan.
“Kami tertanya-tanya adakah kari ketam yang sentiasa rasanya sedap itu kerana ramuan ‘istimewa’ ini! Tolong kongsikan kepada kenalan anda dan harap ia mendapat perhatian pihak berkuasa!” tulisnya
Sumber: meletophangat
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpCHlq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment