Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaum Wanita Patut Amalkan 10 Jenis Makanan Ini Untuk Jaga Rahim, Ini Untuk Jangka Masa Panjang! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaum Wanita Patut Amalkan 10 Jenis Makanan Ini Untuk Jaga Rahim, Ini Untuk Jangka Masa Panjang!

Begitu untungnya kaum wanita apabila diciptakan oleh Allah SWT dengan keistimewaan mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.

Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung? Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.

Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan. Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.

Haaa… sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.

JOM SEMAK MAKANAN UNTUK JAGA RAHIM

1. Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin.

2. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).

3. Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.

4. Banyakkan pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.

5. Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

6. Buah nenas diantara makanan paling bagus untuk jaga rahim sebab mengandungi enjim bromalin dan selain itu sila makan buah betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

7. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

8. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

9. Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain.

10. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Jadi bagi menjaga rahim, anda patut mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang dinyatakan. Semoga bermanfaat!

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7jMft

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.