Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kadar zakat fitrah bagi negeri seluruh Malaysia tak berubah kecuali Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kadar zakat fitrah bagi negeri seluruh Malaysia tak berubah kecuali Johor

Kadar zakat fitrah untuk sepanjang Ramadan kali ini di semua negeri di seluruh negara menyaksikan tiada perubahan kecuali Johor yang melaksanakan penyeragaman.

Kadar zakat fitrah bagi negeri seluruh Malaysia tak berubah kecuali Johor

Kadar zakat fitrah bagi negeri seluruh Malaysia tak berubah kecuali Johor

Tinjauan MYNEWSHUB terhadap portal rasmi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Malaysia (Jawhar) mendapati, kadar zakat di setiap negeri pada bulan puasa tahun ini kekal dengan ditetapkan sama iaitu RM7 bagi seorang Muslim.

Perlis, Selangor, Terengganu, Sarawak serta Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; menjadi negeri terakhir mengesahkan secara rasmi kadar zakat pada Ramadan kali ini tetap sama, RM7.

Pihak Jawhar dalam pada itu melaporkan, turut meletakkan nilai adalah kekal RM7 sebagai kadar zakat fitrah tahun ini seperti juga tahun-tahun sebelumnya ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah.

 

Manakala Negeri Sembilan dan jirannya, Melaka juga menampilkan tiada perbezaan apabila pihak berkuasa agama di negeri masing-masing turut menetapkan kadarnya kekal masing-masing sebanyak RM6.50 dan RM6.70.

Bagaimanapun Johor melakar sejarah apabila Ramadan kali ini memperlihatkan kadarnya diselaraskan kepada RM7 berbanding tahun-tahun terdahulu iaitu RM6 jika makan beras murah dan RM8 untuk beras premium.

Untuk rekod, Terengganu dan Perlis suatu ketika dahulu juga pernah menetapkan sehingga tiga kadar berbeza untuk pembayaran zakat fitrah bergantung kepada jenis beras dimakan sebelum diseragamkan kepada satu kadar.

Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura dalam satu kenyataan semalam mengisytiharkan kadar zakat fitrah untuk Ramadan tahun ini ialah S$5.10 (RM15.75) bagi kadar biasa dan S$7.00 (RM21.62) bagi kadar lebih tinggi.

Ia meningkat sedikit berbanding S$6.90 (RM21.31) pada Ramadan tahun lalu untuk beras premium tetapi untuk jenis murah, kadarnya tidak berubah kecuali perbandingan pada 2015 apabila ia ditetapkan S$4.90 (RM15.14).

Kadar rasmi tersebut menurut pihak majlis berkenaan adalah berdasarkan kepada pengiraaan purata harga 2.3 kilogram beras mengikut ukuran berat Baghdad yang dimakan oleh masyarakat Islam tempatan.

Sejak tahun 2005, majlis tersebut mula memperkenalkan dua kadar zakat fitrah berbeza iaitu menyertakan kadar lebih tinggi bagi individu Muslim yang berhasrat membayar zakat fitrah engan lebih tinggi daripada kadar biasa.

Ini kerana mereka dikatakan secara lazimnya mungkin lebih berkemampuan dan menggunakan gred beras lebih mahal berbanding individu yang miskin.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Kadar zakat fitrah bagi negeri seluruh Malaysia tak berubah kecuali Johor

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrXLvM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.