Hi! Welcome Back and Stay Tune! SEBULAN SBLM NIKAH. AKU TIBA2 BENCI DGN TUNANG. SLPS KAHWIN BARU TAU PUNCANYA !! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SEBULAN SBLM NIKAH. AKU TIBA2 BENCI DGN TUNANG. SLPS KAHWIN BARU TAU PUNCANYA !!


Sekadar Gambar Hiasan.

Nama aku Ashrul. Setelah terbaca kisah perceraian yang makin parah di Malaysia dalam akhbar, aku terdetik untuk bercerita pengalaman yang aku sendiri laluinya. Kisah ini bukanlah untuk mengingatkan kembali atau menceritakan masalah aku tapi lebih kepa#da berkongsi cerita mudah-mudahan dapat memberi semangat atau pencetus idea kepada mereka yang mengalami masalah dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, aku selamat bertunang pada May 2013 dengan pilihan hati sendiri. Aku bertunang bukanlah sebab mengenalinya tetapi lebih kepada tertarik deng#an perilakunya yang bertudung labuh, berjubah serta men#jaga pergaulan dan pertuturannya.

Sebelum bertunang tidak pernah sekali keluar ‘dating’ atau berbalas-balas mesej jauh sekali bercakap face to face. Tetapi itulah yang buat aku jatuh hati padanya tanpa pengetahuannya. Pada suatu hari, aku menghantar satu mesej menyatakan hasrat saya ingin mengahwininya tetapi tiada jawapan ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’ yang ada cuma ji#ka aku mempunyai niat itu segeralah berjumpa# dengan ayahnya. Aku pun tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu, aku pun terus berjumpa ayahnya dan menyatakan hasratku.

Alhamdulillah semuanya menjadi sangat mudah, aku diterima dan pada masa yang sama ayahnya terus bertanya perancanganku tentang perkahwinan. Ketika itu Feb 2013, aku berkongsi perihal rancanganku untuk berkahwin. Ketika itu perasaan berdebar memang tidak dapat digambarkan , takut bi#mbang semua bercampur baur. Aku masih ingat lagi, aku berkeras ingin mengahwininya niat kerana Allah di hadapan ayahnya dan menikmati cinta selepas kahwin. Itulah prinsip hidup yang aku pegang selama ini.

Perancangan asalnya mahu merisik tetapi 4 hari sebelum majlis merisik bertukar kepada bertunang. Memang kelam kabut untuk membuat persediaan dan pada masa yang sama hatiku kuat mengatakan itu jodohku. Tanggal May 2013, aku dan si dia selamat bertunang. Alhamd#ulillah hanya Allah yang tahu perasaanku. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada Ogos 2013. Perasaan ini tidak sabar untuk melaksanakan sunnah nabi dan pada masa yang sama gementar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang sangat besar.

Disinilah segalanya bermula dugaan dan ranjau dalam hidupku, selepas seminggu aku bertunang keadaan yang gembira bertukar menjadi duka. Secara tiba-tiba peras#aan dulu suka bertukar menjadi benci. Aku pun tidak memahami keadaan itu tetapi yang pasti hati aku bercampur baur. Aku pun tidak memahami apakah situasi yang aku lalui sekarang. Astaghfirullah. Dugaan apakah ini yang harus aku lalui. Daripada hari ke hari aku melalui fasa pertunangan dengan perasaan itu.

Semua persiapan perkahwinan aku tidak ambil berat seolah-olah aku tak berminat untuk mengetahuinya. Sebulan sebelum perkahwinanku, aku menyatakan hasratku untuk memutuskan pertunangan kepada ibuku. Aku pun tidak pasti dengan keputusanku tapi aku hanya mengik#ut kata hatiku ditambah pula dengan perasaan sayangku kepada tunangku seolah-olah sudah di ‘block’ oleh sesuatu, sukar untukku gambarkan dengan kata-kata mungkin orang yang pernah melaluinya akan memahami perasaan ini.

Aku nekad, aku nekad, aku nekad untuk memutuskan pertunanganku dan aku tidak sanggup untuk berkahwin dengannya. Dalam fikiranku hanya mahu putus tunang dan berhenti kerja.. Allah

Sehinggalah niatku diketahui oleh ayah#nya dan mengajakku untuk berbincang, pada mulanya aku enggan untuk berbincang apa-apa mengenai perkahwinan ini yang aku tahu aku mahu putus tunang! That’s all. Akhirnya aku bersetuju berjumpa dengannya secara berdua, ermm sukar untuk digambarkan. Ayahnya sangat ‘cool’ and ‘soft spoken’, bertanya aku apa masalah semua dan aku berceri#talah tentang apa yang aku rasa. Ayahnya bertegas untuk meneruskan majlis memandangkan semua persiapan sudah diatur dan kad jemputan pun sudah diedarkan. Aku pasrah, aku cuba positifkan diri.

Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Pada masa yang sama, aku tidak membantah aku hanya mengikut apa sahaja perancangan walaupun hati ini terasa sangat berat. Tanggal Ogos 2013, kami selamat diijabkabulkan oleh aya#hnya sendiri. Alhamdulillah. Dipendekkan cerita perasaan aku makin keliru. Layanan aku terhadap isteriku hanya bertahan selama seminggu. Secara jujurnya aku tidak boleh dekat dengan isteriku, apatah lagi memandang wajahnya. Aku rasa sangat benci pada isteriku, perasaan apakah ini Ya Allah. Aku lebih suka berdiam daripada bercakap dengannya.

Antara masalah lain ialah aku selalu mengalami gangguan ketika tidur, pernah suatu malam aku bercakap ketika tidur dan kerap terkejut sewaktu tidur sehingga isteri aku membaca ayat kursi ditelingaku dan aku menolaknya. Isteriku berkeras memelukku dan membaca ayat kursi dan badanku terus menggeletar luar biasa sambil cuba melawan. Peristiwa itu berlarutan dan menjadi semakin parah, aku meng#alami mimpi yang ngeri seperti dikelilingi ular hitam yang banyak jumlahnya, jatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya. Tidur malamku selalu terganggu, bangun pagi terasa penat seolah-olah hidupku langsung tidak terurus.

Selain itu, aku merasa ada sesuatu bergerak di bawah kulitku, lebam di bahagian badan tanpa rasa sakit dan banyak lagi.

Kelakuan dan perangaiku menjadi semakin pelik, aku langsung tidak berminat dengan isteri apatah lagi melihat wajahnya. Aku rasa benci! benci! benci!. Isteri aku kerap mena#ngis disebabkan oleh kelakuanku ini. Aku sed#ar dan kesian apabila melihat dia menangis tapi hatiku tak mampu nak melawan perasaan benci ini.

Terkadang aku juga bersedih kerana mengahwini seorang peremp#uan yang solehah tetapi tidak mampu untuk memb#ahagiakannya. Aku lebih suka menyindiri daripada bercakap dan duduk berdekatan dengan isteriku.

Sehinggalah pada suatu hari, isteriku meminta izin untuk pulang ke kampung untuk menenangkan diri, tujuan sebenarnya ialah untuk berubat. Aku membiarkan sahaja kerana aku tidak kisah dengan keha#dirannya. Ya Allah zalimnya aku apabila mengingatkan kembali. Sepanjang tempoh itu, setiap hari isteriku menghantar mesej bertanya khabar dan satu mesej pun aku tidak membalasnya. Aku han#ya mendiamkan diri.

Sehinggalah aku mendapat mesej. “Abang, abang tahu tak abang terkena sihir pemisah, abang sakit”. Aku membaca sambil berfikir sejenak sambil bermonolog dalam diriku. “Pergilah berubat bang” kata isteriku. Aku hanya membaca tanpa membalas sepatah perkataan pun.

Aku ambil tak endah, terus melayan perasaan yang aku alami sekarang ni. Perasaan yang tidak kisah apa ya#ng bakal berlaku. Sakit sangat. Kadang2 aku selalu meni#tiskan airmata. Seluruh keluarga memujuk supaya aku pergi berubat secara islam tetapi aku enggan, keengganan aku berlarutan selama 2 minggu sehingga ada s#ahabatku yang memujukku (tempat aku luahkan masalah). Kali yang ke3 baru aku bersetuju untuk berubat, pada malam aku di bawa oleh sahabatku ke darul syifa’ di sebuah daerah di Terengganu. Ada dalam 3 orang tengah menunggu giliran, ketika proses menunggu badanku menggigil kesejukan.

Sampai turn aku masuk dan proses berubat diteruskan. “Awak ni ada ‘benda’ ni badan awak sejuk sangat” aku terkejut tapi hanya berdiam tanpa sebarang soalan. Selesai untuk malam tu, aku perlu datang untuk kali kedua dengan membawa ‘daun bidara’. Kali kedua aku pergi dengan memb#awa daun bidara, selepas dirukyah ustaz memberitahuku supaya minum air daun bidara. Ustaz itu ada berkata kepadaku banyak kes yang datang untuk berubat disebabkan oleh tiada persefah#aman sebenarnya ada kaitan dengan sihir.

Pada malam itu juga aku minum air daun bida#ra, sepanjang malam aku tidak boleh tidur kerana panas walhal malam tersebut hujan lebat. Subhanallah ujian apakah ini Ya Allah…

Dipendekkan cerita, aku telah berubat dengan ramai ustaz lebih kurang 5 orang dan mungkin tidak serasi. Aku sentiasa berfikir#an positif walaupun pada satu tahap aku hampir putus asa. Keluarga banyak memberi kata-kata semangat kepadaku yang dihantar melalui fac#ebook mes#senger sebab mereka tahu aku tidak akan mendengar secara face-to –face. Alhamdulillah. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang ustaz, dengan izin Allah ‘benda’ tu dapat dibuang. Tidak perlulah aku menceritakan cara-cara dibuang.Lebih mengejutkan lagi yg hantar ‘benda’ tu adalah kawan baik aku sendiri. Mungkin dulu-dulu dia sebenarnya minat kat isteri aku jugak kot. Wallahualam. Tapi aku maafkan dia.

Alhamdulillah, selepas berubat badanku terasa ringan tidak ada mimpi2 ngeri ketika itu. Alhamdulillah juga perasaan sayang aku kepada isteri makin utuh. Memang betullah Allah akan memelihara niat kita jika kita buat sesuatu hanya kerana Allah. Dan bermulalah episod cintaku selepas kahwin. Terima kasih atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah kini aku dikurni#akan seorang putera yang handsome macam abinya..hehe..

Alhamdulillah. Walaupun aku masih belum pulih 100%, aku akan terus memperjuangkan rumahtanggaku.. Semoga pembaca-pembaca yang budiman sam#a-sama mendoakan kesejahteraan rumahtanggaku dan rumahtangga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt.. InsyaAllah..

Ingatlah wahai saudara sekalian, Allah tidak akan uji manusia itu di luar kemampuan hambaNya. Dan ingat janganlah buat keputusan terburu-buru apabila berhadapan dengan masalah rumah tangga. Kembalilah kepada islam, kita hamba Allah yang beragama perlu rasional dalam memb#uat keputusan dan selesaikan dengan cara baik. Siasat dahulu apa yang berlaku. Jika niat kita betul InsyaAllah tiada yang mustahil, Allah akan memelihara niat tersebut.

Saudara sekalian janganlah cepat berputus asa un#tuk menyelamatkan rumahtangga kita. Yakin pada Allah. Semoga kisah ini boleh dijadikan tela#dan dan panduan buat mereka yang memerlukan. InsyaAllah. Wallahualam.. Wassalam – Sumber Ashrul via IIUM.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1mZhu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.