Selangor sedia timbang cadangan henti keluar lesen hiburan keluarga
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.
"Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.Semalam, Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s10yZF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment