Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Warga M’sia Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Hatyai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Warga M’sia Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di Hatyai

HATYAI – Seorang wanita rakyat Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel didiami bersama suaminya di bandar pelancongan selatan Thailand ini kira-kira 9.30 pagi tadi waktu tempatan.

Penolong Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kapt Jamlong Kongsawad berkata, wanita itu dikenali sebagai Tan Soon Lin berusia 39 tahun.

“Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan luka di tubuh wanita itu dan kematian beliau dipercayai akibat serangan penyakit jantung yang dialaminya,” katanya di sini, hari ini.

Hasil soal siasat terhadap suami wanita itu, katanya, mereka memasuki Hatyai semalam dan mendaftar masuk di hotel berkenaan yang terletak di Jalan Sanenusom.

Menurut lelaki itu, apabila terjaga daripada tidur kira-kira 9.30 pagi beliau mendapati isterinya sudah meninggal dunia di tempat tidur, kata Jamlong.

Mayat wanita itu dihantar ke hospital terdekat untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematian sebelum dibenar dibawa pulang ke Malaysia untuk proses pengebumian, katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qq6YjS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.