Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat
KUALA LUMPUR – Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan mengalami lebam di seluruh badan dan dahinya terkoyak dipercayai didera, polis telah menahan ibu kandung dan teman lelakinya, jam 3 pagi tadi, lapor Harian Metro.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang sebelum ini telah menghilangkan diri akhirnya tampil menyerah diri kepada polis di Ulu Yam Baru, Kuala Kubu Baru.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pasangan itu telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Amar Singh juga kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mendakwa kononnya polis tidak mahu mengambil tindakan terhadap laporan kes tersebut.
“Polis ingin menegaskan, isu yang ditularkan itu tidak berasas serta berniat mahu mengaibkan imej dan kredibiliti polis.
“Kami menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita yang belum ada kesahihannya,” katanya.
Difahamkan, bapa mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat selepas bekas isterinya memohon maaf di atas kejadian itu. Namun, polis tetap menjalankan siasatan.
Terdahulu, mangsa berusia empat tahun ini dipercayai telah didera berdasarkan lebam dan kecederaan di dahinya, ketika tinggal bersama ibunya di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Lapor Harian Metro, mangsa sebelum itu tinggal bersama neneknya selepas ibu bapanya bercerai setahun lalu. Namun diambil oleh ibu kandungnya minggu lalu. Bagaimanapun, ketika dihantar pulang, keadaan mangsa sangat menyayat hati sehingga terpaksa dibawa ke hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa terpaksa ditahan di hospital selama enam hari untuk merawat kecederaannya itu dan menerima belasan jahitan di dahinya.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5004c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment