Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Terserempak Dengan Teman Lelaki Anak Perempuannya Sedang Berlaku Curang Di Sebuah Taman Dan Merakam Aksi Pasangan Itu Sebagai Bukti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Terserempak Dengan Teman Lelaki Anak Perempuannya Sedang Berlaku Curang Di Sebuah Taman Dan Merakam Aksi Pasangan Itu Sebagai Bukti


MEXICO - Seorang bapa menjadi berang apabila terserempak dengan kelakuan teman lelaki anaknya yang dipercayai curang dengan perempuan lain sebelum merakam video dan memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial.

Lelaki berkenaan pada ketika itu sedang berjalan di taman berkenaan sebelum ternampak teman lelaki anaknya itu sedang bercumbuan dengan wanita lain. Akibat terkejut dengan keadaan itu, lelaki itu bertindak merakam aksi pasangan berkenaan.

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut mendekati pasangan itu yang sedang bercium sebelum pasangan itu menyedari aksi mereka telah dirakamkan lalu terus berhenti bercium. Reaksi lelaki muda berkenaan apabila sedari tindakannya dirakamkan jelas menunjukkan dia mengenali lelaki yang sedang merakam dirinya serta pasangannya.

Soal si perakam, "beginikah cara awak melayani anak perempuan saya?

Lelaki muda itu hanya diam membisu sambil menundukkan mukanya.

"Awak tahu tak yang dia telah memiliki teman wanita? Tanya si bapa kepada perempuan berkenaan.

Akibat tidak selesa dengan keadaan itu, perempuan terbabit terus beredar meninggalkan lelaki muda berkenaan sendirian.

Si perakam iaitu bapa kepada teman wanita lelaki muda terbabit memberikan amaran terhadap lelaki itu supaya tidak lagi mendekati anak perempuannya lagi. Malah, dia turut memberikan amaran tidak ingin melihat wajah lelaki itu datang ke rumahnya lagi.


Melalui rakaman video tersebut, si bapa telah berjaya membuktikan kepada anak perempuannya bahawa lelaki terbabit langsung tidak boleh dipercayai dan bukan jenis lelaki yang setia.

Si bapa juga turut menasihatkan kepada golongan wanita muda agar berhati-hati dengan lelaki terbabit yang dikatakan langsung tidak jujur dalam hubungan cinta. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9ukgO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.