Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh dan dua daripada mereka bersenjatakan pistol sewaktu melakukan rompakan.
Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.
"Seorang suspek telah mengacukan pistol kepada pengawal keselamatan premis berkenaan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa."Suspek lain pula bertindak memecahkan meja pameran dan melarikan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Wai Leong berkata setakat ini pihaknya belum dapat memastikan kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.
Bagaimanapun, katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.
"Kejadian ini kali pertama berlaku di kedai tersebut walaupun ia telah lama beroperasi di pusat membeli belah itu," katanya.
Beliau berkata nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan menerusi Ops Tutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9BYYP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment