Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disekat tiada masalah, dulu diugut bunuh semata-mata nak tanding jawatan presiden PAS lawan Hadi Awang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disekat tiada masalah, dulu diugut bunuh semata-mata nak tanding jawatan presiden PAS lawan Hadi Awang

Walaupun disekat daripada memberi kuliah agama di masjid di Selangor namun tidak pernah memarahkan semangat Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang untuk terus berdakwah.

Ahmad Awang

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, sehingga kini, terdapat 14 masjid yang telah melakukan sekatan berkenaan walaupun beliau telah berceramah  atau memberi kuliah sejak 40 tahun lalu.

“Apa  yang  jadi ini buat saya lebih bersemangat untuk terus berdakwah  ke  jalan  ALLAH  SWT biar pun berdepan dengan  pelbagai rintangan.

“Jika satu menolak, insya-ALLAH ada pihak yang lain menerima khidmat saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, beberapa masjid telah menghentikan kuliah agamanya selepas beliau mengumumkan menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden Pas  pada Muktamar Pas ke-61, dua tahun lalu.

Beliau berkata, Masjid Batu 10, Cheras merupakan masjid pertama yang menamatkan perkhidmatan beliau susulan pengumuman tersebut dengan alasan pihaknya  tidak sealiran dengan Abdul Hadi di dalam Pas.

“Saya telah berdakwah dan berceramah di masjid itu sejak lebih 20 tahun. Namun selepas pengumuman saya hendak menentang Abdul Hadi, mereka terus tamatkan khidmat saya.

“Ini adalah tidak wajar kerana saya mempunyai tauliah seumur hidup untuk memberi kuliah di Selangor dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Ahmad berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang bayaran seperti dikenakan oleh kebanyakan  pendakwah  selebriti lain di negara ini.

Katanya, pada kebiasaannya beliau hanya dibayar sekitar RM100 hingga RM150 bagi satu sesi kuliah atau ceramah yang dijalankan.

“Jika  dihitung dengan kos perjalanan, ia sememangnya tak berbaloi tapi saya tidak kisah kerana matlamat utama adalah untuk berdakwah ke jalan ALLAH  SWT dan bukan untuk wang semata-mata,” katanya.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan larangan memberi kuliah di beberapa masjid merupakan satu tekanan politik yang diwujudkan susulan daripada tindakannya mencabar kedudukan Abdul Hadi sebelum ini.

Malah, beliau  mendakwa  pernah menerima ugutan bunuh selepas mengumumkan mencabar Abdul Hadi.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat  satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi.

“Selepas itu, anak saya bergegas datang ke rumah saya dan merayu supaya saya tidak meneruskan hasrat tersebut,” katanya.

Menurut Ahmad, susulan kejadian itu, beliau telah beberapa kali menerima ugutan lain namun hanya mendiamkan diri dan enggan memanjangkan perkara terbabit.

“Sudah beberapa kali saya diugut sebenarnya tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qofns8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.