Gadis Langgar Remaja Berbasikal Rayu Derma Orang Ramai Untuk Tampung Kos Guaman RM60,000
Seorang jurujual wanita berusia 22 tahun, Sam Ke Ting yang terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan 8 nyawa remaja pada Februari lalu telah meminta sumbangan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya.
Dalam status Facebooknya dia menulis:
"Oleh kerana saya terlibat dalam kemalangan pada Februari lalu, saya kini berdepan dengan tuduhan di mahkamah. Oleh kerana kejadian ini melibatkan beberapa perkara sensitif, saya telah menolak pertolongan dari orang awam.
Namun, kos guaman telah melampaui apa yang saya jangkakan. Semua simpanan keluarga saya juga habis untuk membantu saya membiayai kos guaman ini'
Status gadis tersebut telah dikongsi hampir 10,000 kali dan netizens yang bersimpati terhadap gadis tersebut telah membantu untuk menderma supaya dapat menampung kos guaman tersebut.
Difahamkan dalam status terbaru gadis tersebut telah berjaya mengumpul dana yang diperlukan untuk membiayai kos guaman tersebut.
Menurut laporan Sinchew, orang ramai menderma dari RM10 sehinggalah RM500 seorang. Dalam masa 2 jam pertama selepas Sam memuat naik status tersebut, telah berjaya mengumpul sebanyak RM2,000.
Ketika dihubungi oleh wartawan, peguam yang mewakili Sam telah mengesahkan kutipan dana tersebut. Difahamkan juga gadis tersebut memerlukan hampir RM60,000 untuk membiayai kos guaman tersebut.
Gadis tersebut telah didakwa merempuh sekumpulan penunggang basikal yang meragut 8 nyawa. Sam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya dan melulu. - www.kakishare.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qohVCA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment