Hi! Welcome Back and Stay Tune! Islam larang umatnya mencegah kehamilan termasuk suami pancut luar tanpa sebab – Mufti Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Islam larang umatnya mencegah kehamilan termasuk suami pancut luar tanpa sebab – Mufti Perlis

Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam.

Islam larang umatnya mencegah kehamilan termasuk suami pancut luar tanpa sebab - Mufti Perlis

Islam larang umatnya mencegah kehamilan termasuk suami pancut luar tanpa sebab – Mufti Perlis

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat Islam.

“Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal’. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan daripada mengandung.

“Namun oleh kerana wujudnya hadis muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini,” katanya di Facebook baru-baru ini.

 

Beliau menjawab soalan netizen sama ada perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim sebagai kaedah merancang keluarga dianggap menolak kurniaan Allah S.W.T atau membunuh benih.

Mohd. Asri berkata, hasrat mencegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan, kekurangan rezeki atau kurang kemewahan adalah haram kerana tidak meyakini rezeki Allah.

Bagaimanapun, katanya, jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan, terancam atau dalam bahaya seperti peperangan serta ancaman pihak lain maka ia diizinkan.

“Perlu diingatkan oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

“Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri, demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama,” katanya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Islam larang umatnya mencegah kehamilan termasuk suami pancut luar tanpa sebab – Mufti Perlis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEgyk2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.