'First time shopping di sini, barang tak sampai satu troli bernilai RM808.60!' - Pengadu
Seorang wanita mendakwa dia dikenakan bayaran sebanyak RM808.60 oleh sebuah pasar raya 'gergasi' bagi barang-barang dapur yang tidak seberapa membuatkannya tercengang seketika.
"Pertama kali shopping di G****, barang tak sampai satu troli nilai RM808.60. Hanya beli barang dapur kecil-kecil, tiada benda yang besar. Bajet paling mahal pun RM450. Sekali kena bayar RM808.60, Tercengang mak oi!" tulis Anyss Mohd Auranyss di Facebooknya lima jam yang lalu.
Status luahan kekesalan Anyss itu telah dikongsi 7,953 pengguna Facebook yang terkejut dengan insiden yang menimpanya itu.
Semakan pada resit bayaran mendapati, harga sepapan petai dikenakan sebanyak RM400. Malah kakitangan di bahagian kaunter khidmat pelanggan juga turut terkejut melihat harga perbezaan berkenaan.
Meskipun wang akan dikembalikan semula di atas kesilapan tersebut, Anyss menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan pastikan menyemak resit bayaran sebelum meninggalkan pasar raya. - The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEEILf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment