Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rosnah Mat Aris Bahagia Bersama Suami Muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rosnah Mat Aris Bahagia Bersama Suami Muda

MEMBUKTIKAN bahawa kata-kata sinis pihak yang cuba untuk meruntuhkan rumahtangganya, pelakon Rosnah Mat Aris akui dia masih bahagia meskipun sudah sedekad berkahwin dengan Tajul Efendie Isa, 36.

Rosnah Mat Aris Bahagia Bersama Suami Muda

Semasa berkahwin, Rosnah berusi 52 tahun manakala Tajul berusia 26 tahun.

“Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya.

“Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang,” kata Rosnah.

Namun kata Rosnah lagi, perkahwinan mereka sememangnya diuji pada awalnya. Menurut pelakon veteran itu, ada mulut-mulut yang cuba menghasutnya untuk mepertikaikan keikhlasan Tajul memperisterikannya.

“Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya berkahwin dengan saya kerana duit dan mendakwa saya yang menanggung hidupnya. Bagaimanapun selepas saya berjaya membuktikan Tajul tidaklah seburuk yang disangkakan, mereka tidak lagi mempersoalkan keikhlasannya,” katanya.

Mengenai kehilangannya daripada industri seni, pelakon serba boleh ini berkata, kesibukannya mengikut suami menguruskan perniagaan di seluruh negara membataskan masanya untuk berada di lokasi penggambaran.

“Setahun saya mengikut suami menguruskan perniagaannya ke serata Malaysia. Sekarang, saya kembali menetap di Kuala Lumpur dan barulah ada masa untuk berlakon semula,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEU7LL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.