Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 4 tahun parah, ayah tertembak anak sendiri guna bakakuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 4 tahun parah, ayah tertembak anak sendiri guna bakakuk

KANAK-KANAK lelaki parah terkena tembakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk yang dilepaskan ayahnya di Kampung Muhang, Kota Marudu, semalam.

Kanak-kanak 4 tahun parah, ayah tertembak anak sendiri guna bakakuk

Kanak-kanak 4 tahun parah, ayah tertembak anak sendiri guna bakakuk

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Frendly Jukiring, 4, yang parah di dada, bahu dan pipi kanan kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HKKWS) Likas, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, bapa mangsa terlepas tembakan dipercayai dari bakakuk dan terkena anaknya yang ketika itu sedang bermain di halaman rumah mereka.

“Berikutan itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa anaknya (mangsa) ke Hospital Kota Marudu sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut.

“Pada 9.30 malam tadi, suspek (bapa mangsa) ditahan polis di rumahnya namun senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Menurutnya, suspek berusia 40-an kini ditahan dan polis masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Frendly kini dipindahkan ke HWKKS, Kota Kinabalu, untuk menjalani pembedahan.

Sumber: Metro



Sumber Kanak-kanak 4 tahun parah, ayah tertembak anak sendiri guna bakakuk

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qkG6Gc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.