Pahang Laung Azan 2 Kali Pada Waktu Subuh Sempena Ramadan
Semua masjid dan surah di Pahang akan melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu subuh – setengah jam sebelum masuk waktu dan disusuli dengan azan bagi menandakan masuknya waktu subuh.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman, perkara itu sudah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.
“Setelah berunding dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, ia bersetuju supaya dilaksanakan azan dua kali itu.
“Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga telah mengeluarkan surat mengenai pelaksanaan itu untuk diedarkan ke masjid dan surau di seluruh negeri ini, ” kata beliau sebagaimana lapor Bernama.
Azan pertama hendaklah dilaungkan setengah jam sebelum masuk waktu Subuh disusuli dengan laungan kedua pada waktu Subuh seperti yang ditetapkan.
Selain menghidupkan semula sunnah Rasulullah, ia juga membantu mengejutkan umat Islam dari tidur bagi membuat persediaan bersahur.
“Perkara ini juga dilaksanakan di negara-negara Arab,” katanya lagi.
Sementara itu, surat arahan mengenai perkara itu telah dimuat naik di media sosial.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6O0Cc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment