Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan suami isteri warga emas maut kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan suami isteri warga emas maut kemalangan

BOTA: Sepasang suami isteri maut setelah kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bota Kanan-Parit pada petang Khamis.

Dalam kejadian sekitar 1.30 tengah hari itu, Iman@Othman Ahmad, 78, dan Asah Hashim, 67, yang menetap di Gelung Pepuyu, Bota, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohd Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Kelisa sedang menghala ke Bota Kanan dari arah Parit sebelum terlibat dalam insiden berkenaan.

“Sesampainya di tempat kejadian, secara tiba-tiba mangsa hilang kawalan ke atas kenderaan dan terbabas ke bahagian kanan jalan lalu masuk ke dalam parit.

“Mangsa telah dikeluarkan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Khamis.

Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan mendapati kedua-dua mangsa warga emas itu tidak bekerja dan kes akan disiasat secara lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiPmXi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.