Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tukang urut mengaku tidak bersalah cabul perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tukang urut mengaku tidak bersalah cabul perempuan

JOHOR BAHRU: Seorang tukang urut hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang pesakitnya pada 7 Mei lepas.

Ramlee Abdullah, 53, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pasakit perempuannya yang berusia 20 tahun, di sebuah rumah di Jalan Titiwangsa 13, Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira 9.30 pagi pada 7 Mei.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Mohd Nasir memohon jaminan RM8,000 namun pihak pembelaan meminta ia dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan selain mempunyai seorang isteri dan enam anak berusia antara sebulan dan 13 tahun yang perlu ditanggung.

Mohd Azlan kemudian memutuskan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Tertuduh diwakili peguam Datin Freda Josephine Gonzales.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCseXw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.