Hi! Welcome Back and Stay Tune! Patutlah Erra & Ummie Kamcing, Malah Tak Sangka Mereka Boleh Buat Sesuatu Luar Biasa Di Bulan Puasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Patutlah Erra & Ummie Kamcing, Malah Tak Sangka Mereka Boleh Buat Sesuatu Luar Biasa Di Bulan Puasa

Patutlah Erra & Ummie Kamcing, Malah Tak Sangka Mereka Boleh Buat Sesuatu Luar Biasa Di Bulan Puasa

Kedua-duanya cantik dan popular. Di dalam industri hiburan, persahabatan di antara dua bintang ternama, Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida sudah diketahui ramai. Bahkan ramai peminat yang turut mengetahui keakraban dua bintang jelita ini yang sering menggelarkan ‘makcik’ kepada satu sama lain.

Didik Aleesya berpuasa

Memiliki seorang cahaya mata yang comel, Syarifah Aleesya, 8, Erra turut mendidik dan mendorong Aleesya untuk menunaikan rukun Islam keempat itu.

“Sejak usia 3 ke empat tahun, saya sudah mula bercerita tentang fadilat dan kewajipan berpuasa pada Aleesya. Pada usia 6 tahun dia sudah mula berpuasa walau pun tidak penuh. Tahun lepas, dia sudah berjaya berpuasa penuh selama 10 hari dan tahun ini saya katakan dia perlu tambah lagi bilangan hari berpuasa.

“Ada ibu bapa yang gemar memberikan duit raya kepada anak sebagai satu hadiah jika berpuasa. Bagi saya tiada salahnya kerana itu bentuk dorongan dan semangat pada anak-anak.

“Begitu juga jika anak-anak hendakkan duit untuk sesuatu perkara. Kita minta mereka bekerja misalnya mencuci bilik air rumah untuk mendapatkan upah. Sebenarnya kita didik mereka untuk menghargai duit dan biar mereka sedar duit bukan senang dicari. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya.

“Bagi memberi semangat pada Aleesya, saya menyediakan hidangan kesukaannya untuk berbuka puasa. Biar dia rasa seronok dan gembira untuk menjalani ibadah puasa. Dalam masa yang sama, kena beri pemahaman kepadanya tentang ibadah puasa itu sendiri,” katanya.

Sudah agak lama hidup solo, tentu ramai yang tertanya-tanya tidakkah artis jelita ini ingin kembali bergelar isteri. Bila diajukan soalan itu, Erra menjawab tenang.

“Agak klise tapi terus terang, saya yakin dan percaya bahawa soal jodoh itu di tangan Allah SWT. Ada kawan-kawan yang cakap, hidup Erra Fazira ini bosan, asyik duduk di rumah saja.

“Tapi bagi saya, kalau ada dan bila tiba masanya, pasti jodoh saya akan tiba. Saya tak menolak jodoh. Tapi saya berdoa dan berharap biarlah jodoh saya pada kali ini akan berkekalan. Paling penting, bakal suami kelak boleh terima anak saya dengan hati terbuka,” tegas Erra.

Kongsi rahsia langsing dengan peminat - Datin Paduka Umie Aida

Pada usia menginjak 44 tahun, Datin Paduka Umie Aida kekal langsing dan cantik. Ditanya mengenai tip yang diamalkan, beliau mengakui mempunyai cara tersendiri.

“Untuk detoks, saya mengeluarkan Jus Detoks saya sendiri dan baru saja membuat packaging baru untuk produk ini. Ia bukan sahaja untuk kurus semata-mata tapi membuang segala toksin di dalam badan kita.

“Saya sendiri memang mengamalkan minum jus detoks ini. Untuk bulan puasa yang bakal menjelma, boleh ambil jus detoks ini sebelum makan sahur. Selepas enam jam baru kita akan ke tandas. Atau ambil ketika berbuka. Dan yang paling penting, minum air putih dengan banyak pada sebelah malam untuk mengelakkan tubuh dehidrasi kerana kita berpuasa di sebelah siang. Saya juga rajin ke gimnasium dan mengikuti zumba bersama rakan-rakan jika ada masa terluang.” Ujar Umie Aida.

Tumpu pada ibadat

Menyentuh bulan Ramadhan yang bakal tiba, Umie Aida berkata yang dia lebih menumpukan pada amal ibadah.

“Ramadan pertama biasanya saya berbuka puasa di rumah mak saya. Suami saya pula tak cerewet. Biasanya kami akan beli sahaja hidangan berbuka dan suami tak benarkan saya masak.

“Dia tak nak susahkan saya, walau pun air tangan saya lazat. Ketika berbuka, biasanya saya hanya ambil kurma dan minum air sahaja. Selepas solat tarawih barulah saya akan jamah kuih muih.

“Untuk 10 malam terakhir Ramadhan, seperti tahun-tahun lalu, saya berhasrat untuk qiam di masjid. Rasa seronok kerana setahun sekali sahaja kita akan tempoh pengalaman itu,” cerita Datin Paduka Umie Aida.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qv0kbX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.