Hi! Welcome Back and Stay Tune! PEGAWAI GUAN ENG DITAMPAR DEPAN MASJID - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PEGAWAI GUAN ENG DITAMPAR DEPAN MASJID

PETALING JAYA – Seorang bekas pegawai tentera yang kini bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ditampar peserta perhimpunan yang berlangsung di depan sebuah masjid pada Jumaat petang.

Zaidi yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang di Masjid Simpang Enam, George Town.

Kejadian melibatkan pegawai penerangan kepada Lim Guan Eng itu berlaku ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin sedang menyampaikan ucapan.

Difahamkan, Zaidi membuat provokasi ketika Mohamed Hafiz yang kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) sedang berucap pada perhimpunan itu.
Beberapa peserta perhimpunan itu dikatakan cuba menghalang perbuatan Zaidi itu bagaimanapun salah seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar pegawai Guan Eng itu.

Bagaimanapun, kekecohan yang berlaku itu dapat dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Susulan itu juga, perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqtoWq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.