Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendaki Gunung Tambuyukon ditemukan selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendaki Gunung Tambuyukon ditemukan selamat

KOTA KINABALU: Pendaki Gunung Tambuyukon di Ranau yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika turun dari puncak gunung itu sejak petang Ahad ditemukan selamat lewat petang semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim, pendaki tersebut Alan Chang Yun Kong, 31, dari Kota Kinabalu ditemukan kakitangan Taman-Taman Sabah yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, polis dan komuniti Kampung Monggis.

"Difahamkan pendaki telah menyusuri Sungai Kopuakan yang mengalir menuju arah Stesen Monggis dan bertemu dengan pasukan SAR Taman-Taman Sabah kira-kra pukul 6.15 petang.

"Operasi SAR ditamatkan pada pukul 7 malam dan pendaki tersebut juga telah pulang ke Kota Kinabalu," katanya.

Chang hilang kira-kira pukul 4.30 petang ketika dalam perjalanan turun dari puncak gunung ketiga tertinggi di Malaysia itu yang setinggi 2,579 meter.

Pendaki berkenaan antara enam pendaki yang memulakan pendakian ke puncak gunung itu pagi semalam dengan diiringi dua malim gunung.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qti6Ay

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.