Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi



PENGEBOM berani mati di Manchester, Salman Abedi didakwa menghubungi ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum melancarkan serangan berdarah di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang.

Seorang jurucakap bagi pihak berkuasa Libya berkata, Abedi membuat panggilan itu bagi mengucapkan "selamat tinggal" kepada ibunya yang merupakan pakar saintis nuklear selepas memujuk ibu bapanya untuk menyerahkan semula pasportnya yang diambil.

Abedi memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu mengerjakan Umrah dan mereka dilaporkan 'gembira' terhadap permintaan itu.

Jamal Zubia, yang merupakan tokoh dalam komuniti Libya di Manchester memberitahu The Times: "Bapanya mempunyai kesemua pasport dan menyimpannya.

Tetapi Salman memberitahu dia mahu mengerjakan Umrah, maka itulah sebabnya dia mahu meninggalkan Libya. Ibunya gembira mengenai perkara itu.

Adik lelaki Abedi, Hashem, 20 dilaporkan telah membuat pengakuan semasa sesi soal siasat pada Selasa dan Rabu bahawa dia mengetahui semuanya berhubung abangnya pergi ke Manchester.

Ahmed ben Salem, seorang jurucakap bagi Rada Force, sebuah unit pasukan keselamatan berkata, "Dia (Salman) juga membuat panggilan kepada ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum 'operasi' itu bermula."

Serangan berani mati di konsert Ariana Grande di Manchester Arena yang meragut 22 nyawa itu turut mencederakan lebih 100 orang. - Mirror


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZqrZV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.