Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPWINDS Berganding Bersama Jamal, Amy Search & Kathy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPWINDS Berganding Bersama Jamal, Amy Search & Kathy


CYBERJAYA –  Orkestra Seri Puteri Symphonic Winds (SPWINDS) julung-julung kalinya akan menganjurkan Konsert SP Winds Flourishes 2017 yang akan diadakan di Teater Shah Alam pada 14 dan 15 Julai depan.

Konsert yang menggabungkan lebih daripada 60 pelajar itu adalah sebagai mengumpul dana bagi menampung kos menyertai Pertandingan Muzik Dunia ke 18 (WMC 2017) di Kekrade, Belanda, pada 22 Julai ini.

SPWINGS adalah pasukan orkestra Sekolah Seri Putri yang memenangi berbagai pertandingan dalam negara dan juga di persada antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia pada peringkat global.

Pengarah konsert, Hasnal Hashim, berkata penganjuran konsert berkenaan adalah usaha bagi mempertingkatkan dan memartabatkan seni persembahan orkestra bersama artis tanah air.

Konsert hari pertama pada 14 Julai ini akan bermula jam 8 malam dengan menampilkan lagenda rock negara, Amy Search, menyampaikan beberapa lagu popularnya bersama SPWINDS.

“Manakala konsert hari kedua pada 15 Julai pula menampilkan Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah, bersama penyanyi unggul Datuk Khatijah Ibrahim.

“Selain mendendangkan lagu sendiri, mereka juga akan berduet pada malam berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini.

Hadir sama, Pengetua Sekolah Seri Puteri, Nor Aishah Abdullah dan Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SP Winds, Wan Jamaludin Wan Abdul Malik.

Hasnal, yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), berkata konsert di Teater Shah Alam itu akan membawa format Balada Rock Klasikal pada hari pertama dan Pop Klasikal pada hari kedua.

“Tiket konsert akan mula dijual secara dalam talian pada 29 Mei ini dengan harga serendah RM99 (Perak); RM149 (Emas); RM199 (Platinum) dan RM249 (Diamond).

“Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman sesawang www.myticket.asia atau menghubungi Zuraidah Ahmad (016-6305544); Rozita Muharam (013-2062664) atau Shahriyah (019-4352090),” katanya.

Tambah Hasnal, pasukan berkenaan memerlukan dana kira-kira RM700,000 untuk menyertai pertandingan berprestij pada Julai ini, merangkumi tiket penerbangan dan penginapan bagi 60 pelajar.

“Ketika ini kita berjaya mengumpul RM300,000, namun jumlah berkenaan belum mencukupi untuk menghantar pelajar ini menyertai WMC 2017 dan konsert ini adalah salah satu usaha untuk mencari dana dengan menyasarkan 1,600 penonton pada dua hari konsert dijalankan,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSAMsd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.