Hi! Welcome Back and Stay Tune! WAN AZIZAH NAFI MAHATHIR TAK SETUJU PENCALONAN ANWAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WAN AZIZAH NAFI MAHATHIR TAK SETUJU PENCALONAN ANWAR

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemilihan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pembangkang.

“Dia (Dr Mahathir) tidak mengatakan dia tak setuju, dia tidak perlu menamakan, itu tidak maksud dia tidak setuju,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Azizah mengulas gelajat bekas perdana menteri itu yang pada Kongres PKR pada 21 Mei lalu tidak mengangkat sepanduk “Anwar PM ke-7”.

Tindakan itu mengundang pelbagai spekulasi bahawa Mahathir yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bersetuju tetapi apabila persoalan itu dikemukakan kepadanya, Mahathir mengakui bahawa Anwar adalah antara calon Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa HARAPAN mesti terdahulu memenangi pilihan raya umum ke-14.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau tidak fikir bahawa Mahathir membantah pencalonan Anwar.

“Saya tidak mendapat satu persaaan begitu, dia faham bahawa kita dekat Kongres PKR, mestilah kita mengemukakan nama Anwa sebagai perdana menteri.

“Tetapi nak sebut tak sebut itu tak jadi hal, kalau masalah kita kena menanglah, itu menjadi asas pertama untuk siapa pun jadi perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata Anwar memang menjadi pilihan PKR, malah sebelum BERSATU menyertai Pakatan Harapan lagi.

Presiden PKR itu berkata, seorang perdana menteri sementara akan dipilih oleh ahli parlimen pembangkang sekiranya mereka berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang (PRU-14).
Menurut perkiraan beliau, ini kerana calon pilihan PKR, Anwar masih di penjara.

“Anwar masih dalam penjara. Jadi sudah tentu calon yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen akan menjadi perdana menteri,” katanya.

Beliau juga bersetuju membincangkan cara untuk menang pilihan raya lebih penting daripada isu calon perdana menteri sementara.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qljIw7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.