Akhirnya selepas bertahun-tahun, Brad Pitt mohon maaf pada Jennifer Aniston kerana menceraikannya akibat terlalu mabuk cinta dengan Angelina Jolie
AKTOR Brad Pitt akhirnya memohon kemaafan daripada bekas isterinya, Jennifer Aniston kerana menceraikan aktres itu akibat terlalu mabuk cinta dengan Angelina Jolie suatu ketika dahulu.
Brad yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan alkohol sejak bercerai dengan Angelina, telah menghubungi Jennifer untuk meminta maaf sejak mereka bercerai pada tahun 2005.
“Dia memohon maaf ke atas kesedihan yang berpunca daripada kesalahannya terhadap Jennifer,” menurut seorang sumber yang rapat dengan pasangan itu.
“Brad bukanlah seseorang yang mudah dibawa berbincang, namun melalui terapi dan pemulihan, dia kini lebih tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya.”
Menurut sumber lain pula, Jennifer amat menerima dan bersikap terbuka terhadap permohonan maaf aktor bintang filem Fight Club itu.
“Jennifer memberitahu Brad bahawa dia memaafkan bekas suaminya dan mahu tumpukan perhatian kepada masa depan sahaja.”
Pasangan itu berkahwin selama dua tahun namun telah menjalinkan hubungan selama 10 tahun dan mempunyai 6 orang anak, 3 daripadanya merupakan anak angkat.
Brad dibenarkan berjumpa dengan anaknya tiga bulan sekali kerana hak penjagaan penuh terhadap Maddox, 15, Pax, 13, Zahara, 12, Shiloh, 11, dan kembar Knox dan Vivienne, 8, diberikan kepada Angelina.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIJ46o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment