Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bangsat, pengecut, sombong!” – Kesiankan Serina, Chef Wan ‘basuh’ bekas menantu di IG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bangsat, pengecut, sombong!” – Kesiankan Serina, Chef Wan ‘basuh’ bekas menantu di IG

BAPA mana yang tidak bersikap protektif terhadap anak perempuannya, apatah lagi apabila cahaya matanya itu diperlakukan dengan tidak sewajarnya oleh suami sendiri.

"Bangsat, pengecut, sombong!" - Kesiankan Serina, Chef Wan 'basuh' bekas menantu di IG

“Bangsat, pengecut, sombong!” – Kesiankan Serina, Chef Wan ‘basuh’ bekas menantu di IG

Naluri kebapaan chef selebriti terkenal Redzuawan Ismail, 59, atau Chef Wan dicabar sekali lagi apabila bekas suami anaknya, Serina tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya.

Meluahkan perasaannya di Instagram, Chef Wan memuat naik gambar kulit depan majalah Wanita yang menampilkan dirinya dan Serina berserta kapsyen yang menyatakan kemarahannya terhadap bekas suami Serina.

Ia merujuk sikap degil lelaki berkenaan enggan untuk hadir ke sebuah mahkamah syariah bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

Dalam posting yang dimuat naik 24 jam yang lalu, Chef Wan menyatakan bahawa bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh pura-pura tidak tahu-menahu mengenai perintah mahkamah yang perlu dihadirinya bagi menjatuhkan talak kepada Serina dua hari yang lalu.

“Ini bukanlah kali pertama dia (Gavin) buat begini. Dia ingat kuasa perceraian tu ada pada dia sahaja ke?

“Dia bukan sahaja seorang pengecut, tetapi juga sombong. Kita tengok aja nanti setinggi mana tupai itu nak melompat?” tulis Chef Wan.

Tambah Chef Wan lagi, jika Gavin berniat mahu menggantung Serina tanpa tali, dia silap besar kerana Mahkamah Syariah mempunyai cara untuk jatuhkan talak jika suami tidak berlaku adil terhadap isterinya.

“Gavin tidak tahu malu langsung, jika dia tidak mampu untuk menjaga anak saya dengan baik dan membahagiakannya, lebih baik ‘bebaskan’ Serina.

“Tapi tidak nak bermain tarik tali pulak and told Rina dia tak nak cerai kan dia pulak. Hidup hanya tahu nak menyusah kan kita pulak!

“Hentikan permainan kamu, kami orang yang sibuk dan tiada masa layan drama minggu ini dan segala kebodohan yang kamu telah bawa ke dalam hidup kami sejak beberapa tahun ini. What a looser! luah Chef Wan lagi.

Inilah yang dikatakan, kasih ibu dibawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Meskipun Serina sudah dewasa dan mempunyai anak sendiri, namun Chef Wan sebagai bapa masih rasa bertanggungjawab terhadapnya.

Dia tetap mahukan yang terbaik untuk anak perempuan kesayangannya itu. Respek la, Chef Wan!

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9EO1a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.