Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Ambil Mudah Bertemu Skuad B-22 China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Ambil Mudah Bertemu Skuad B-22 China

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menggesa anak buahnya agar tidak mengambil mudah kemampuan pasukan B-22 China apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi persahabatan di Stadium Pusat Sukan Xiangtan di China, esok.

Beliau berkata walaupun masing-masing berkongsi kekecewaan selepas seri 1-1 pada Kejohanan Piala Dubai B-23 di Emiriah Arab Bersatu, Mac lepas, perlawanan esok sudah tentunya berbeza kerana kedua-dua pasukan sudah membuat rombakan besar-besaran selepas kejohanan berkenaan.

“Saya percaya aksi persahabatan ini juga penting kepada China kerana mereka bakal menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018,” kata Kim Swee pada sidang media menjelang perlawanan berkenaan, hari ini.

Rakaman audio sidang media itu juga diedarkan kepada Bernama.

Berkongsi pandangan sama adalah kapten pasukan muda negara, Mohd Adib Zainuddin yang berharap rakan sepasukan dapat menampilkan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan tersebut.

“Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat mempamerkan aksi terbaik kerana kita dalam persiapan menghadapi Sukan SEA dan juga kejohanan kelayakan B-23 AFC,” kata pemain pertahanan Felcra FC itu.

Selepas perlawanan menentang skuad B-22 China, anak buah Kim Swee akan berdepan pasukan pelapis Guangzhou R&F dan Guangzhou Evergrande, sebelum pulang ke tanah air pada 13 Jun.

Aksi jelajah China itu adalah sebahagian persiapan skuad muda negara sebelum mengharungi pusingan kelayakan B-23 AFC 2018 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos.

Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dua musuh tradisi dari ASEAN – Thailand dan Indonesia serta Mongolia pada aksi kelayakan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Thailand. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t2V0gZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.