TNB Negeri Sembilan Beri Sumbangan Kepada 70 Penerima
KUALA KLAWANG – Tujuh puluh anak yatim dan fakir miskin dari beberapa kampung di sini menerima sumbangan duit raya sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Sumbangan disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Klwang Datuk Yunus Rahmat dan Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Negeri Sembilan Wan Ishak Soed sempena Majlis Ihya Ramadan anjuran TNB di perkarangan Masjid Kariah Bunga Tanjung, Kampung Tembun, dekat sini.
“Diharap dengan bantuan dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka menyambut Ramadan dan Syawal, yang akan datang dengan ceria,” katanya.
Selain itu, pihak TNB turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM2,000 kepada pihak jawatankuasa masjid. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2Jq4S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment