Viral Mesej Goda, Shukri Yahaya Jawab Kontroversi
GEMPAR industri hiburan tanah air apabila tular sebuah siri petikan skrin (screenshot) oleh seorang wanita di laman sosial yang dakwa dirinya digoda pelakon terkenal, Shukri Yahaya.
Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga ‘banyak masa’ memuat naik perbualan WeChat berkenaan menerusi laman Instagram.
Namun, meskipun mendakwa dia mempunyai bukti rakaman perbualan video dengan pelakon lelaki tersebut, dia tidak muat naik rakaman itu atas sebab-sebab tertentu.
Mengakui berasa bengang dengan tuduhan itu, hero drama 7 Hari Mencintaiku itu tampil jawab isu kononnya menggoda wanita tersebut.
“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.
“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.
“Stop making stupid people famous (Hentikan buat orang bodoh popular”, ujarnya.
Ditanya tentang tindakan terhadap perkara ini, Shukri berkata, dia enggan melayannya dan menganggap ia sesuatu yang remeh.
“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” ujarnya.
Tambah Shukri lagi, dia enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh jadi dirinya dengan meletakkan gambar profil dia seterusnya menyamar dengan cara berbalas teks perbualan.
Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.
SUMBER – MYNEWSHUB.CC
SUMBER – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU7okf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment