Komitmen M’sia Bantu Rakyat Palestin Dipuji
KUALA LUMPUR – Malaysia telah dipuji kerana usahanya memperjuangkan hak rakyat Palestin ke arah mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang berlarutan.
Pengerusi lembaga pengarah Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran berkata sejak bertahun-tahun, Malaysia sentiasa konsisten dalam komitmennya menyokong usaha bagi mencari penyelesaian yang adil bagi rakyat Palestin.
“Kita boleh lihat perkembangan positif di Malaysia, contohnya bilangan pelajar Palestin yang menuntut di negara ini telah meningkat, dan kita juga boleh melihat lebih banyak keterlibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia,” kata beliau dalam ucapan alu-aluannya pada majlis bersama masyarakat Palestin di Malaysia anjuran PCOM di sini hari ini.
Jumlah liputan berita mengenai isu Palestin dalam media Malaysia juga dipuji, kata beliau pada majlis berbuka puasa oleh anggota komuniti Palestin di negara ini.
Beliau berkata ketika banyak negara Islam menghadapi pergolakan, Malaysia tidak harus berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
PCOM ialah sebuah pertubuhan bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin dan menggemblengkan sokongan rakyat Malaysia di semua peringkat. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdz6Xc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment