Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Muslim Diangkat Sebagai Hero Selepas Lindungi 64 Orang Kristian Dari Militan Dalam Kepungan Marawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Muslim Diangkat Sebagai Hero Selepas Lindungi 64 Orang Kristian Dari Militan Dalam Kepungan Marawi

Manila, Filipina - Seorang lelaki muslim telah diangkat sebagai hero apabila tindakannya menyelamatkan nyawa lebih 60 orang Kristian dalam kejadian pengepungan Marawi baru-baru ini.

Menurut laporan, lelaki berkenaan dengan beraninya memberi perlindungan kepada semua orang Kristian itu di rumahnya ketika pengganas membuat rondaan.

Tindakan Noor Lucman itu berjaya menyelamatkan kesemua orang Krisitan terbabit dari dibunuh.

Bercakap kepada jurnalis asing, Lucman berkata terdapat orang Kristian berlindung dirumahnya ketika keganasan tercetus dua minggu lalu.

Mereka bekerja di sebuah menara di kawasan kejiranannya dan bilangan yang datng berlindung meningkat dengan cepat kepada 64 beberapa hari selepas itu apabila militan mula mencari orang Kristian untuk dijadikan tebusan atau dibunuh.

Menurut Lucman, sehari sebelum kejadian, terdapat beberapa pekerja beragama Kristian berada di kawasan terbabit untuk membaiki menara kecil itu. Kesemua mereka tidak dapat meninggalkan bandar terbabit jadi dia merasa bertanggungjawab untuk melindungi mereka.

"Beberapa selepas itu, beberapa lagi orang Kristian lain datang untuk berlindung di rumah saya. Terdapat lebih kurang 64 dari mereka dan saya bertekad untuk memastikan kesemua mereka selamat," kata Lucman.

Apabila militan datang, Lucman berkata mereka (militan) mengecamnya dan menunjukkan tanda hormat dengan berlalu pergi apabila diminta.

"Jika militan tahu ada orang Kristian di rumah saya, mereka semua mungkin dipancung dan dibunuh," kata Lucman.

Tonton video temuramah itu dibawah:

Sumber: KD



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdiIWC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.