Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muslifah. Ayuni Perlu Akur Dengan Keputusan NSAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muslifah. Ayuni Perlu Akur Dengan Keputusan NSAM

KUALA LUMPUR – Dua penembak elit negara, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim, dinasihati supaya akur dengan keputusan menggugurkan mereka daripada senarai atlet ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pengurus skuad menembak KL2017 Datuk Sabiamad Abdul Ahad berkata Muslifah dan Ayuni perlu menerima dan menghormati keputusan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) itu dengan hati terbuka.

Beliau berkata tindakan pengguguran itu bukannya pengakhiran kepada karier mereka sebaliknya mereka berpeluang beraksi semula mewakili negara jika berjaya kembali pada tahap prestasi terbaik.

“Sukan ini ada turun naiknya dan penyingkiran seseorang atlet itu adalah perkara normal apabila mereka gagal beraksi dengan baik. Jadi, mereka sebagai atlet perlu menerima keputusan itu secara positif.

“Peluang untuk kembali ke pangkuan skuad negara masih terbuka. Mereka hanya perlu berlatih dan berusaha dengan lebih gigih selepas ini untuk memperbaiki prestasi dan membuktikannya kepada kami ,” katanya kepada Bernama di sini.

Rabu lepas, NSAM mengumumkan Muslifah dan Ayuni digugurkan daripada senarai atlet yang menggalas cabaran skuad menembak negara ke KL2017 kerana menghadapi masalah disiplin sehingga mengakibatkan prestasi mereka terjejas.

Namun, Muslifah yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 dalam acara 50m Air Rifle Prone berpasukan, menyifatkan dakwaan itu sebagai alasan yang sengaja direka pihak tertentu dengan niat menjatuhkannya.

Bagaimanapun, Sabiamad berkata Majlis Sukan Negara (MSN) tidak akan membuat keputusan tanpa sebarang rujukan.

“Kami menggugurkan nama mereka berdua berdasarkan prestasi semasa yang dinilai menerusi beberapa kejohanan kebelakangan ini,” tegasnya sambil menafikan sebarang agenda atau komplot seperti yang didakwa pemanah berkenaan.

Beliau turut mengkritik tindakan dua pemanah itu yang menggunakan media bagi tujuan meluahkan perasaan mereka.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdDkOf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.