Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin dipuji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin dipuji

KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipuji kerana usahanya memperjuangkan hak rakyat Palestin ke arah mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin yang berlarutan.

Pengerusi lembaga pengarah Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran berkata sejak bertahun-tahun, Malaysia sentiasa konsisten dalam komitmennya menyokong usaha bagi mencari penyelesaian yang adil bagi rakyat Palestin.

"Kita boleh lihat perkembangan positif di Malaysia, contohnya bilangan pelajar Palestin yang menuntut di negara ini telah meningkat, dan kita juga boleh melihat lebih banyak keterlibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia," kata beliau dalam ucapan alu-aluannya pada majlis bersama masyarakat Palestin di Malaysia anjuran PCOM di sini hari ini.

Jumlah liputan berita mengenai isu Palestin dalam media Malaysia juga dipuji, kata beliau pada majlis berbuka puasa oleh anggota komuniti Palestin di negara ini.

Beliau berkata ketika banyak negara Islam menghadapi pergolakan, Malaysia tidak harus berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

PCOM ialah sebuah pertubuhan bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin dan menggemblengkan sokongan rakyat Malaysia di semua peringkat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4HlbQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.