Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyelesaian kemelut FGV demi kepentingan syarikat, bukan individu - Pengerusi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyelesaian kemelut FGV demi kepentingan syarikat, bukan individu - Pengerusi

JOHOR BAHRU: Kemelut Felda Global Holdings Bhd (FGV) perlu diselesaikan segera bukan atas dasar kepentingan atau kemenangan individu, sebaliknya demi memastikan syarikat itu kembali fokus kepada urus tadbir perniagaan khususnya dalam industri sawit.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kemelut yang berpanjangan dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan peneroka, pelabur serta keuntungan Felda.

"Kemelut FGV perlu betul-betul diselesaikan, bukan soal siapa yang menang. Jika kemelut FGV tidak selesai, Felda juga akan menerima kesannya dan pembayaran dividen kepada peneroka juga boleh terkesan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga melihat perkara ini dengan serius sebab itulah beliau bertindak melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah dan saya rasa itu langkah yang bagus.

"Bagi saya ini mustahak untuk (membolehkan) FGV dilihat sebagai syarikat yang memiliki urus tadbir yang baik dan faham tentang perniagaan sawitnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Dewan Serbaguna Majidee di sini, petang tadi.

Shahrir diminta mengulas kemelut yang menyaksikan Ketua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta pada Selasa lepas.

Selain itu, Shahrir juga meminta FGV untuk memutuskan segera pelantikan tiga nama yang mewakili Felda dalam syarikat itu bagi membantu menyelesaikan kemelut berkenaan.

Tegasnya, ini merupakan permintaan biasa sejajar kedudukan Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV sebanyak 33 peratus.

"Pada 23 Mei lepas, kita (Lembaga Felda) telah membuat keputusan untuk menamakan tiga wakil dalam Lembaga Pengarah FGV.

"Kalau tiada sebarang jawapan, saya sendiri akan tulis surat dengan cadangan tiga nama yang telah diputuskan bagi dilantik sebagai wakil Felda minggu depan," katanya.

Tiga nama itu membabitkan dua daripada bahagian pengurusan manakala seorang lagi mewakili Lembaga Pengarah Felda.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdHgPh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.