Kes denggi di kawasan barat daya tunjuk peningkatan dengan dua kes kematian
Dr Hilmi berkata punca berlakunya masalah denggi adalah daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih dan dipenuhi dengan sampah-sarap yang menjadikan kawasan itu tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk.
Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti merupakan Flat Mutiara Perdana di Bayan Lepas yang merekodkan 25 kes demam denggi dan mengakibatkan satu kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini manakala satu lagi kes kematian demam denggi dilaporkan di kawasan Sungai Ara dalam tempoh yang sama."Saya datang melihat sendiri, memang masalah kebersihan di kawasan ini (Flat Mutiara Perdana) adalah sangat teruk. Sampah-sarap tidak dikutip, botol kosong dibiarkan begitu sahaja, longkang tersumbat yang menyebabkan banyak jentik-jentik membiak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menggesa supaya badan pengurusan bersama yang bertanggungjawab menjaga kawasan itu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
"Jika perkara seperti ini masih lagi berlaku dengan kerap, maka kita akan membawa pihak badan pengurusan bersama ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4Qykx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment