“Pernah jadi, peminat cuba goda Shuib depan mata Sarah” – Siti Sarah tak ragui kesetiaan suami
SEJAK kebelakangan ini, selebriti Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin sering kali mencuri tumpuan media ekoran keromantisan yang ditonjolkan mereka.
Dalam mengecapi kebahagian bersama, Sarah mendedahkan pernah berhadapan dengan situasi suaminya cuba digoda dengan peminat ‘gatal’ di hadapan matanya.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berani menghantar mesej-mesej nakal kepada pelawak terkenal itu sedangkan satu Malaysia tahu statusnya yang merupakan suami Sarah.
Meskipun diuji dengan hal itu, Sarah memilih untuk bersikap tenang kerana dia percaya akan kasih sayang suaminya.
“Secara jujurnya, perkara ini pernah berlaku di depan mata Sarah apabila ada peminat cuba menggoda Shuib. Bagaimanapun Sarah tak adalah sampai tahap nak pergi serang peminat terbabit.
“Sarah seorang yang percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku.
“Ada Shuib tunjukkan pada Sarah mesej nakal yang diterima daripada peminat. Sarah baca saja. Insya-Allah Sarah tidak pernah meragui kesetiaannya,” katanya kepada BH Online.
Shuib sememangnya cukup terkenal dengan sikap sweetnya terhadap Sarah. Sebelum ini, dia pernah menghadiahkan rumah kepada isterinya sempena kelahiran cahaya mata mereka yang ketiga.
Bukan itu sahaja, Shuib juga pernah mengadakan majlis resepsi untuk isterinya baru-baru ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Pernah jadi, peminat cuba goda Shuib depan mata Sarah” – Siti Sarah tak ragui kesetiaan suami
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTTZIB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment