“Allahu, tinggal lagi RM50…Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji”
Sama2 susah…sama2 senang… itulah Suami Isteri…
Hari ini ramadhan ke5…kandungan masuk bulan ke5..Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini..sya diam..sya sedih tpi saya xmenangis depan suami…suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah. Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu..Tinggal RM2… sya check.balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50…
Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua.. Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ikut dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..
Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamdulillah, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki.. Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga.
Suami tgok keadaan saya dgn mengandung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya. Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih..tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..
Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur.. Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku… Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t..
Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama. Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri…namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubungan suami isteri didunia ini.aamin
Sumber: FB Info Ibu Hamil via Gedebak Kisah Benar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qEIuUh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment