Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arwah Tersalah Masuk Tandas, Bukan Mencabul – Saksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arwah Tersalah Masuk Tandas, Bukan Mencabul – Saksi

Seorang lelaki berusia 31 tahun koma sebelum meninggal dunia apabila dipukul 5 individu-4 lelaki dan seorang wanita berusia 20-40 tahun di Plaza Sentosa, Jalan Putra baru-baru ini. Kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu di mana arwah dipukul kerana didakwa mencabul seorang wanita di dalam tandas bangunan berkenaan. Arwah didakwa cuba memeluk seorang wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita menggigit tangannya.

Perbuatan ini mengundang kemarahan orang ramai yang berada semasa hari kejadian yang menybabkan arwah dipukul. Menurut sumber, pergelutan berlaku hampir sepuluh minit sebelum arwah berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan orang awam.

Arwah berusia 31 tahun berkenaan telah dirawat di Hospital Sultan Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki. Arwah kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari dua hari lepas selepas kejadian berlaku (hari Selasa).

Video rakaman gadis berkenaan menyatakan bahawa lelaki itu cuba memeluk dirinya dan gadis berkenaan mengigit tangan mangsa untuk melepaskan diri. Lelaki tersebut kemudiannya membalas dengan menumbuk perut gadis berkenaan.

Walaubagaimanapun menurut komen daripada rakan-rakan arwah, beliau sebenarnya terpaksa masuk tandas perempuan kerana tidak tahan membuang air besar. Gadis berkenaan yang turut berada di dalam tandas terkejut dan menjerit meminta tolong mengatakan dia dicabul.

Orang ramai meluahkan rasa simpati kepada arwah kerana meninggal akibat salah faham. Menurut salah seorang rakan arwah, beliau sangat pemalu dengan wanita. Walaubagaimanapun pihak polis masih tidak memberitahu punca sebenar kejadian itu. Ibu mangsa meluahkan rasa kecewa kerana orang ramai sepatutnya membawa anaknya ke balai polis berbanding memukul anaknya sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia.

Masyarakat sepatutnya bersikap positif dan rasional apabila kejadian seperti ini berlaku. Memukul, membunuh tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menambahkan satu lagi masalah besar kepada diri sendiri. Sebarang kejadian hendaklah dilaporkan kepada pihak polis dulu supaya kaedah penghukuman diberi secara adil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asistan Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata bahawa kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menbunuh. Kesemua suspek kini direman sehingga 2 Jun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK8DAg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.