Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyanyi Cantik Wany Hasrita Terima Ugutan Bunuh. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyanyi Cantik Wany Hasrita Terima Ugutan Bunuh.

Memang banyak kisah kita dengar penyanyi atau pun pelakon diugut. Selalunya kita dengar di luar negara tetapi sekarang artis di Malaysia pun dah kena.

Terbaru penyanyi yang sedang meningkat naik, Wany Hasrita mengakui menerima ugutan bunuh menerusi beberapa komen dan mesej di laman Instagram miliknya.
 
“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Ujar Wany seleoas diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.
 
“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.
 
“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.
 
“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia.
 
“Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej dan komen peminat tersebut dan dia pun telah berhenti mengganggu saya,” kata Wany ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan rakaman program Hari Raya Muzik Muzik 32 dan Indigital di Marriot Putrajaya pada Selasa.
 
Masih cuba menyesuaikan diri dengan limpahan populariti yang diterima olehnya semenjak single pertama, Menahan Rindu menjadi kegemaran ramai, Wany mahu mengambil langkah berhati-hati.
 
“Saya menyedari impak lagu Menahan Rindu membuatkan nama saya lebih dikenali. Saya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.
 
“Saya sedang menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi sekarang. Saya juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap tindakan yang saya lakukan.
 
“Apa yang penting, saya mahu berusaha dengan lebih kuat agar apa yang saya kecapi sekarang tidak bersifat sementara atau ‘one hit wonder’. Saya mahu lebih fokus dalam mencipta produk berkualiti agar apa yang saya sampaikan dapat diterima ramai,” katanya lagi.


Takpelah Wany, mungkin itu salah seorang peminat yang begitu fanatik dengan Wany. Mungkin luahan perasaan nya yang agak begitu obses dan menakutkan. 

Anggaplah ia sebagai dugaan dan cabaran apabila seseorang itu menjadi pujaan peminat. Apapun take care yourself.. 

✍ Sumber Pautan : ☕ Isu malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK59O5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.