Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAFA temui FMLLP Isnin depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAFA temui FMLLP Isnin depan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menemui Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada 5 Jun ini, bagi membincangkan kemelut dihadapi persatuan bola sepak negeri itu ketika ini.

Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata keputusan untuk bertemu pihak FMLLP diputuskan pada mesyuarat Exco KAFA di sini, hari ini.

"Kita akui suasana kita sekarang, oleh itu kita mahu mengambil pendekatan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan isu yang dihadapi bersama FMLLP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa kemelut bersama FMLLP antaranya berkaitan isu pendaftaran pemain import, tunggakan gaji dan pemotongan mata.

Afandi berkata perjumpaan bersama FMLLP itu akan diketuai beliau sendiri bersama Setiausaha Agung Datuk Ismail Md Noor serta barisan Exco KAFA.

"Kami fikir kemelut ini perlu ke proses perbincangan lanjut agar sesuatu keputusan yang baik dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata mesyuarat KAFA hari ini turut membincangkan cadangan berkaitan penswastaan pasukan Kelantan pada tahun depan dengan tujuan melibatkan syarikat swasta dan penyokong dalam pengurusan KAFA, dengan pembahagian saham diagihkan 70 peratus untuk syarikat dan 30 peratus kepada penyokong.

"Memandangkan sekarang sudah masuk pertengahan musim, lebih elok kita melakukan persiapan awal. Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memperincikan perkara tersebut (penswataan)," katanya.

-- BERNAMA



Sumber KAFA temui FMLLP Isnin depan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssoWTx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.