“Saya Diugut Bunuh Oleh Peminat Fanatik” – Wany Hasrita
Penyanyi baru yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita mengakui menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatiknya.
Ugutan tersebut diterima oleh Wany menerusi beberapa komen dan mesej di laman Instagram miliknya.
“Kejadian ini berlaku tiga minggu lalu. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.
“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.
“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.
“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia,” – beritahu Wany kepada AstroGempak.
Akhirnya Wany mengambil langkah mudah dengan tidak melayan mesej dan komen peminat fanatik tersebut dan sekarang peminat fanatik tersebut berhenti mengganggu Wany lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfhBbY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment