Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muka dia kelihatan bengis dan kurang bercakap ketika menjual sehinggalah awal ramadhan lalu…

Dari Twitter Asrul Muzzafar dan Reza Zainal

Gambar ini adalah gambar Pakcik gerai ‘Ayam Ganja’ yang laris di Wangsa Maju. Saya sudah pergi ke gerainya untuk bulan puasa hampir 5-6 tahun. Gerai dia sentiasa penuh.

Dia menjual lauk-pauk dan yang paling laris adalah ayam goreng ‘ganja’. Ayam goreng yang dipenuhi serdak yang dibuat dari bawang goreng, daun kari dan rempah rahsia.

Muka dia kelihatan bengis sedikit dan kurang bercakap sewaktu menjual. Begitulah rungutan orang ramai. Itu yang orang lain nampak. Yang orang tak nampak adalah, dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Isteri saya pernah terjumpa dengannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebulan sebelum ramadhan tahun lalu. Dia nampak sakit dan letih. Bila isteri saya menegurnya, dia kata dia sakit dan doktor kena masukkan tiub ke dalam badannya untuk dialisis. Dia kata, mungkin dia tidak akan bertahan lama.

Tiba hari ramadhan pertama, saya seperti biasa pergi ke gerainya. Tetapi gerainya tutup. Masuk hari ketiga ramadhan, barulah gerai itu dibuka namun pakcik itu tiada di situ. Yang ada hanyalah anaknya.

“Dik, mana pakcik?” saya menegur anaknya.

Sejak saya mula membeli dari gerai pakcik, tiada satu hari pun pakcik itu tiada di gerainya. Sakit atau demam pun dia datang berniaga.

“Ayah dah meninggal bang…”

Saya terpacak kaku.

“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…” ucap saya dalam hati.

“Bila dik?”

“Hari pertama puasa. Ayah pesan bila dia selamat dikebumikan, buka gerai dan kembali tolong mak,” ujar adik itu perlahan dengan matanya masih merah. Jelas dia mahu menangis.

Dia terpaksa bekerja dua hari selepas mengebumikan ayahnya dan mengambil alih tugasnya. Jadi itulah sahaja kisah keluarga ini. Susah senang mereka, siapa yang tahu?Ingat tidak salah membeli di gerai-gerai sempena ramadhan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfsyun

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.