Kanak² Ini Pernah Terperangkap Selama 22 Jam Di Bawah Runtuhan. Slps 2 Tahun Inilah Keadaannya Yg MENGEJUTKAN !!!
Loading...
Selepas Nepal dilanda bencana gempa bumi pada April 2015, antara berita yang menjadi perhatian ramai adalah penemuan bayi lelaki bernama Sonish di bawah serpihan rumahnya yang telah ranap.
Di sebalik tragedi kemusnahan tersebut, pasukan penyelamat telah menemui Sonish yang masih hidup di bawah runtuhan rumahnya. Walaupun masih mengalami sisa-sisa debu di dalam paru-parunya, Sonish sememangnya seorang bayi yang sangat bertuah!
Mari lihat perkembangan anak ini.
Dua tahun lalu, seorang bayi lelaki bernama Sonish Awal telah diselamatkan di bawah runtuhan rumah yang musnah akibat bencana gempa bumi. Gempa berukuran 8.1 skala Richter itu telah menyebabkan hampir 9,000 kematian dan 21,000 lagi mengalami kecederaan.
Sonish amat bertuah kerana masih hidup meskipun telah terperangkap selama 22 jam di bawah timbunan batuan sebelum dia diselamatkan.
Gambar di bawah menunjukkan bayi ini yang dipenuhi dengan debu ketika diselamatkan.
Kini, anda sendiri lihat perbezaan ketara pada Sonish setelah dua tahun berlalu. Dia kelihatan lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Namun begitu, kesan runtuhan tersebut telah menjejaskan kesihatan Sonish manakala keluarganya masih dibelenggu dengan masalah akibat kemusnahan rumah kediaman mereka.
Sonish tinggal bersama bapanya Shyam, 34 tahun, ibu Rasmila, 36 tahun dan kakaknya Sonita, 10 tahun. Shyam bekerja sebagai pemandu trak dengan pendapatan sebanyak RM409 (6,000 rupee) sebulan.
Sebelum ini, mereka tinggal di dalam rumah yang dilengkapi dengan kemudahan televisyen, alat penghawa dingin, peti ais dan dua bilik tetapi kini, mereka tidak mampu untuk membina semula rumah yang telah musnah dan terpaksa tinggal di dalam sebuah bilik.
Ketika bencana tersebut berlaku, Sonish hanya berusia 4 bulan dan digelar sebagai ‘bayi ajaib’ kerana berjaya mengharungi 22 jam di bawah timbunan runtuhan. Sonish terselamat kerana sebuah almari yang jatuh menimpanya sekali gus melindungi bayi bertuah ini daripada runtuhan batu yang mungkin akan membunuhnya serta merta.
Pada waktu itu, ibunya sedang berada di pasar manakala Sonita di rumah sambil menjaga adiknya. Sejurus kejadian bencana tersebut, si ibu bergegas pulang ke rumah tetapi mendapati bahawa rumahnya telah pun ranap dan dua anaknya masih terperangkap di dalam rumah tersebut.
Jiran-jirannya telah membantu menemui anak perempuannya dua jam kemudian tetapi tidak berjaya menemui Sonish.
“Sambil memegang tangan anak, saya menjerit sekuat hati memanggil Sonish”.
“Semua orang menyatakan Sonish mungkin telah meninggal dunia kerana tidak kedengaran langsung bunyi tangisannya. Tetapi saya tetap meminta pertolongan mereka untuk teruskan pencarian. Saya tetap mahukan anak saya walaupun dia telah tiada”.
“Saya sahaja tahu betapa seksanya saya menunggu selama 22 jam. Saya tidak boleh tidur, makan ataupun minum. Saya hanya mampu menangis dan berdoa demi keselamatan Sonish”.
Tambah Rasmila lagi, “Saya langsung tidak percaya apabila melihat dia masih hidup! Saya memeluk dan mencium anak saya dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doa saya”.
Walaupun dibelenggu dengan kemusnahan bencana alam semulajadi itu, kisah Sonish menjadi simbol pengharapan di Nepal.
Walaupun anak bertuah ini sengsara dengan partikel-partikel debu yang berada di dalam paru-parunya, Sonish kelihatan sedang membesar dengan baik! Mari kita doakan kesejahteraan Sonish, keluarganya dan seluruh rakyat Nepal.
Sumber : Era Baru / SINAR HARIANI.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYn8oN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment